Wednesday, June 11, 2008

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez sekali lagi dilanda kekecewaan dalam kasus banding terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya lima tahun lalu.

Rayuan aktivis pekerja asing (aktivis buruh asing) itu dijadualkan untuk proses pengurusan kes hari ini, selepas dokumen-dokumen yang hilang sebelum ini, telah ditemui semula.

Bagaimanapun, kekurangan penjelasan mengenai bagaimana dokumen tersebut ditemui semula dan kesukaran membaca tulisan majistret yang mendengar kes tersebut sebelum ini, memaksa ia ditangguhkan sehingga 5 Ogos lalu.

Hari ini, peguamnya, M Puravalen meminta penjelasan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Apandi Ali mengenai bagaimana dokumen yang hilang sebelum ini, ditemui semula, tetapi hakim itu tidak dapat menjawabnya.

Hakim kemudiannya membaca surat yang dierimanya dari mahkamah berkenaan yang hanya menyatakan bahawa dokumen-dokumen tersebut telah ditemui semula.

Bagaimanapun, Puravalen meminta hakim mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab dan untuk rekod, mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana dokumen-dokumen tersebut ditemui semula.

"seseorang mesti bertanggungjawab terhadap kelewata dan kesukaran yang dilaluinya. Ini soal kebebasan dan kehidupan seseorang.

Tindakan mesti diambil," katanya.Hakim berkata, ia merupakan isu pentadbiran dan mengarahkan Puravalen menulis surat kepada ketua hakim negara dan pendaftaran mahkamah mengenainya.

"Hakim tidak mengendali isu-isu pentadbiran dan ia bukan dalam bidangkuasa saya untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa," katanya.Menaip notaMengenai nota perbicaraan, Hakim Apandi berkata jurutaip memerlukan masa sebulan untuk menaip tulisan bekas majistret Juliana Mohamed.

"Saya telah dimaklumkan secara lisan bahawa majistret tersebut menggunakan tulisan trengkasnya sendiri dan bukannya yang biasanya digunakan oleh jurutrengkas.

"Oleh itu, adalah baik untuk kes ini ditangguhkan ke tarikh lain untuk kita melihat sama ada rekod-rekod rayuan, komprehensif atau tidak," katanya.Puravalen juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan meminda rayuan, untuk memasukkan apa yang berlaku ini untuk menguatkan hujah mereka bahawa telah berlaku ketidakadilan.

Hakim Apandi kemudiannya menetapkan 5 Ogos depan untuk mendengar kes tersebut serta melanjutkan ikatjamin RM3,000 ke atas Irene.

Pada 11 April lalu, Puravalen dan DPP Shamsuil Sulaiman memandang berat kes tersebut tidak dapat diteruskan kerana kehilangan dokumen-dokumen berkenaan.

Pada masa itu, Apandi dijadual mendengar hujah peguam sama ada beliau boleh meneruskan perbicaraan tanpa dokumen-dokumen tersebut.

Bagaimanapun, awal bulan ini, dokumen-dokumen tersebut telah ditemui semula, dan oleh itu proses pengurusan kes tersebut ditetapkan pada hari ini untuk menetapkan tarikh rayuan tersebut didengar.

Dokumen yang hilang itu termasuklah kenyataan tiga saksi pendakwa - jurutera tempatan Tan Onn Chin, bekas pengarah hospital psikitrik Tanjung Rambutan, Dr N Raman dan jururawat psikitrik N Vejayan dan satu bahan kes.

Irene telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tuduhan berniat jahat menyiarkan berita palsu pada 1995, mengenai keadaan hidup tahanan di pusat tahanan rakyat asing.

Beliau telah ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 8A(1) Akta penerbitan dan Mesin Cetak 1984 setahun kemudiannya. Hukuman maksimum ialah tiga tahun penjara atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,(sumber Malaysiakini.com)
KUALA LUMPUR 10 Jun - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengeluarkan notis meminta pemilik karakoke 'Mini Jakarta' di Taman Hutan Selangor Ulu Yam membuktikan ia memiliki lesen perniagaan yang sah.

Pengarah Perhubungan Awam MPS, Mohamad Zin Masaod berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu, pemilik tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 70(1) Akta 133 iaitu kompaun RM25,000.
Beliau berkata, premis yang dipercayai menjadi tempat kegiatan tidak bermoral itu telah menjalankan perniagaan tanpa lesen lebih dua tahun lalu.
"Pemiliknya mendakwa mereka mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh MPS, namun ia tidak benar.

"Oleh itu, MPS perlu menyiasat terlebih dahulu dakwaan tersebut sebelum mengambil tindakan untuk merobohkan premis berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut ke premis tersebut.

Kelmarin, Jabatan Imigresen menyerbu sebuah kedai makan yang didakwa dijadikan pusat hiburan bagi pendatang asing untuk berfoya-foya berhampiran kawasan perkelahan Ulu Yam itu.

Bagi menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan kegiatan tidak bermoral, premis berkenaan hanya dibuka bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sahaja.

Dianggarkan 100 pengunjung yang terdiri daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi pelanggan di kedai makan tersebut setiap malam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Silvilkultur dan Perlindungan Hutan, Samsu Anuar Nawi berkata, tapak premis seluas 365.4 meter persegi itu merupakan hutan simpan milik Jabatan Perhutanan Selangor.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya tidak boleh merobohkan premis berkenaan sebelum mendapat laporan lengkap daripada MPS.

Jelasnya, aktiviti-aktiviti meroboh premis perlu mendapat kebenaran ahli-ahli majlis yang telah dilantik.

"Oleh yang demikian, kami akan bekerjasama dengan MPS untuk merobohkan premis ini kelak setelah terbukti bahawa pemilik berkenaan menjalankan perniagaan tanpa permit.

"Sebelum ini, kami menghormati untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka memandangkan pemilik tersebut mendakwa MPS telah memberi lesen kepadanya," jelasnya.

Tuesday, June 10, 2008

WNI DI VONIS 32 BULAN OLEH PENGADILAN KLANG

KLANG 9 Jun - WNI dihukum penjara 32 bulan oleh Pengadilan Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat dakwaan memiliki kulit binatang liar pelbagai jenis secara elegal.
Zulkarnain Ajib, 43, dari Tanjong Balai, Indonesia vones oleh Majistret Fazilatul Isma Ahmad Resngah masing-masing penjara 8 bulan bagi setiap dakwaan terhadapnya.

Pengadilan merintahkan terdakwa menjalani hukuman penjara itu berterusan bermula dari tanggal dia ditangkap pada 3 Jun lalu.

Terdakwa mengaku bersalah memiliki secara elegal enam karung sisik tenggiling (Manis Javanica) seberat 199.9 kilogram yang mana haiwan berkenaan dilindungi hukum, undang-undang tahun 1972 berkenaan binatang liar.di dalam sebuah bot perdagangan barter Indonesia (Barter Trade Indonesia), di perairan Klang, kira-kira pukul 5.20 pagi pada tanggal yang sama dia ditangkap.

Selain itu, dia juga turut mengaku memiliki secara 100 keping kulit ular sawa (Python Reticulatus), 37 keping kulit ular sawa darah (Python Curtus) dan 100 keping kulit biawak air (Varanus Salvator).

Zulkarnain yang tidak diwakili lowyer , didakwa mengikut pasal 64(2)(a) undang-undang yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan memiliki sisik tenggiling.

Namun, bagi tiga kesalahan lagi, Zulkarnain didakwa mengikut Seksyen 68 Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun, Zulkarnain memohon supaya mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan untuk menyara keluarganya di Indonesia.

Menurut fakta kes, bot yang dinaiki Zulkarnain telah ditahan lima anggota polis marin yang sedang menjalankan operasi cegah jenayah. Hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas bot berkenaan, polis berjaya menjumpai kulit serta sisik binatang liar berkenaan yang diletakkan di bahagian bawah dek bersebelahan dengan enjin.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, enam lagi warga Indonesia Iwan Nasution, 28, Adi Jamluddin, 27, Jeinal Ahmad, 45, Erwin Syah Sanusi, 29, Iswandi Mutiha, 45, dan Mulyandi Jamaluddin, 28, turut dituduh atas empat kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, masing-masing meminta supaya dibicarakan dan pengadilan menetapkan 10 Julai depan untuk dipanggil kembali kasusnya bagi membolehkan kesemua terdakwa WNI di wakili oleh lowyer.

Dalam pada itu, Jaksa penuntut umum dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Shamsuddin Osman ketika ditemui memberitahu bahawa pihaknya memohon supaya pengadilan memberikan vonis berat kerana perbuatan terdakwa yang telah mengambil binatang liar dari habitatnya menyebabkan biodiversiti negara semakin berkurangan.

"Kasus penyeludupan melibatkan hidupan liar di rantau ini merupakan salah satu masalah besar serta kerana perbuatan seperti yang dilakukan tertuduh telah menyebabkan menjejaskan imej negara ini buruk di mata dunia.

"Ini kerana, negara ini merupakan sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadi termasuk spesies faunanya. Oleh itu, kegiatan seperti ini sudah tentu akan mengurangkan khazanah alam negara serta memberi gambaran negatif kepada negara luar," ujarnya
WNI SAAT DI SIDANG DI PENGADILAN TINGGI (5) SHAH ALAM SELANGOR
FAJAR FATRIA WNI ASAL ACEH BERBAJU MERAH BERSAMA PENGACARANYA,

MUSLIADY UMAR WNI ASAL ACEH. SEDANG MEMBICARAKAN SESUATU
PADA MADE JAKFAR JURUBAHASA ACEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

PAK HASAN SITORUS ASAL TANJUNG BALAI MEDAN.KETIGA-TIGA
TERDAKWA DI DUGA MENGEDAR NARKOBA(GANJA) ANCAMANNYA PASAL
PASAL 39 B ,JIKA DI DAPATI SALAH GANJARANNYA GANTUNG SAMPAI MATI
(Gambar tgl 09/06/08)

Friday, June 6, 2008

Perusahaan Minyak Spanyol Lirik Tenaga Kerja Indonesia

Perusahaan raksasa perminyakan, gas, dan energi Spanyol, Repsol YPF, berharap banyak tenaga kerja Indonesia (TKI) bekerja di perusahaan minyak dan energi tersebut.

Hal itu terungkap pada pertemuan Pelaksana Fungsi Sosial dan Budaya KBRI Madrid Allen Simarmata dengan tim rekruitmen dan manajemen Repsol di kantor pusat perusahaan tersebut di Madrid, Senin.

Menurut Allen Simarmata, Repsol membutuhkan banyak tenaga kerja ahli dari Indonesia untuk dipekerjakan di perusahaan Repsol, baik di Spanyol maupun cabang perusahaan yang ada di luar Spanyol, seperti Argentina, Libya, Aljazair, dan tempat lainnya.

"Repsol memiliki perwakilan di 30 negara. Tenaga kerja ahli yang dibutuhkan adalah Geophysicists, Development Geologist, Reservoir Engineer, Production engineer, Drilling and Workover engineer, Senior geologist, Senior geophysicist, dan Senior drilling engineer," kata Allen Simarmata.

Untuk itu, tim seleksi pegawai Repsol akan berkunjung ke Jakarta pada pertengan Juni ini untuk menyeleksi sekaligus mewawancarai para peminat yang telah mengajukan lamarannya melalui e-mail.

Sekretaris I KBRI Madrid tersebut menambahkan bahwa Repsol menginginkan tenaga kerja dari Indonesia setelah melihat kondite para pekerja Indonesia di Repsol. Saat ini terdapat 25 warga Indonesia yang bekerja di bidang manajemen dan teknik. Manajemen Repsol sangat senang dengan kinerja para pekerja Indonesia.

Repsol YPF adalah perusahaan Spanyol yang bergerak di bidang minyak, gas, dan energi yang beroperasi di 30 negara. Perusahaan ini termasuk salah satu dari 10 perusahaan minyak dan energi dunia terbesar.