Tuesday, August 11, 2009

PRT ‘Mencuri’ dipenjara lapan bulan

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Kebiasaan ‘Mencuri’ seorang pembantu rumah warga Indonesia terbongkar apabila telefon bimbit kepunyaan majikannya yang dicuri terkeluar dari poket celana ketika menikmati makan malam.

Kejadian tersebut berlaku pada Mei lalu iaitu selepas tujuh bulan telefon bimbit milik suami majikannya, Angeline @ Khor Chu Chwan, 57, hilang.

Bukan setakat itu sahaja, terdakwa yang hanya dikenali sebagai Aida itu turut mencuri dan menyembunyikan sebuah lagi telefon bimbit kepunyaan anak majikannya itu di bawah tikar kamarnya, bulan lalu.

Hari ini, tertuduh yang berusia 27 tahun itu dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret selama lapan bulan.

No comments: