Friday, November 28, 2008

Mantan Majikan Nirmala Bonat Di Bebaskan Dengan Tahanan Kota

Majikan Nirmala Bonat Yim Pek Ha yang dihukum 18 tahun penjara sesudah didapati bersalah menyiksa tkw asal Ntt itu, hari ini dibebaskan dengan tahanan kota dengan jaminan RM200,000 sementara menunggu banding di pengadilan tinggi.

Hakim Akhtar Tahir, ketika membenarkan jaminan tersebut berkata Yim berhak membuat rayuan hingga ke peringkat tertinggi.Katanya, beliau juga menerima keperluan terdakwa untuk bersama dengan anak-anaknya dan juga atas sebab-sebab kesihatan kerana tertuduh menghidap asma.

Akhtar juga mengenakan dua syarat untuk membenarkan jaminan kota tersebut - Yim perlu melaporkan diri di kantor polis yang berdekatan , jika dia keluar dari Kuala Lumpur dan dia perlu menyerahkan dokumen perjalanannya kepada mahkamah (paspor antara bangsanya.)

Kemaren, tertuduh didapat bersalah terhadap tiga pertuduhan dengan sengaja menyebabkan luka dengan dahsatnya terhadap Nirmala menggunakan seterika dan air panas, di 33B-26-6 Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.Tempat kerja Nirmala tidak jahu dengan sekolah Indonesia di Kuala Lumpur.

2 comments:

boyanis sos cili said...

teruskan karyamu teman..kami disini menyokong usahamu.. salam uhuwah salam komunitas

Epung said...

Semuga kita tetap saling berbagi dan konsesten bersama.