Thursday, July 17, 2008

Malaysia Akan Adakan Rajia Besar-Besar Terhadap Pekerja Elegal Di Sabah

Untuk tidak terjadi seperti 10 tahu yang lalu ,Indonesia segera melakukan langka-langka,agar WNI yang terjaring dalam rajia yang akan di adakan pada bulan delapan tidak menimbulkan sesuatu yang tidak baik terhadap WNI itu sendiri.

Pengalaman 10 tahun harus di jadikan kayu ukur untuk menertibkan ke tibaan WNI apa bilah di hantar pulang oleh pemerintah Malaysia.

Perwakilan RI di Malaysia segera siap sedia untuk kemungkinan-kemungkinan terjadi sesuatu dengan WNI.Konjen Ri di Kota Kinabalu segera membuat team Satga Perduli WNI.Team satgas tersebut bisa dianggotahi oleh elemen masyarakt Indonesia yang tinggal Di sabah.Jika tidak ada satgas mustahil Konjen RI bisa mengkoordiner ,dengan begitu banyak WNI yang tidak mempunyai dukumen di Sabah.Dianggarkan 70.000 WNI di Sabah yang tidak berdukumen atau yang sudah tempoh tamat visa tinggal di Sabah bahkan lebih.

untuk catetan WNI di Sabah ke banyakan dari Sulawesi,Jawa dan juga banyak yang mempunyai anak ,Wapres JK pernah mencadangkan agar anak-anak TKI yang tidak bersekolah di Sabah ,akan di adakan sekolah khusus anak TKI.Yang terpenting utamankan hak asasi manusia agar tidak ada pelanggaran hukum terhadap WNI, apa bilah di rajia nanti.kami percaya pemerintah Malaysia sudah menyiapkan langka-langka yang terbaik.

Hal ini sangat penting agar hubungan adik beradik ini tetap baik.tinggal Indonesia bagai mana caranya untuk menangani secara baik.Jangan sampai terjadi seperti penangan sebelum ini.

Berita Terkait Rajia Besar-besar

Rajia besar-besaran untuk menangkap dan mengusir kira-kira 150,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah akan dilakukan mulai awal bulan depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, pasukan polis akan bertindak sebagai agensi penguat kuasa utama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelaras operasi peringkat Pusat manakala Setiausaha Kerajaan Negeri mempengerusikan jawatankuasa penyelaras di Sabah.

‘‘Kabinet pada mesyuarat minggu lalu telah meluluskan peruntukan RM50 juta untuk membolehkan tindakan pelaksanaan dibuat iaitu bagi membeli beberapa peralatan dan keperluan operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah berhubung operasi pengusiran PATI di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ketua parti-parti komponen BN Sabah.
Menurut Najib, tindakan pengusiran dapat dilakukan mulai awal Ogos setelah kem transit di Kota Belud siap untuk digunakan.

Katanya, buat masa ini, tumpuan operasi adalah kepada PATI yang tidak mempunyai dokumen sahaja.

Di samping itu, menurut Najib, pihaknya juga telah meminta KDN berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mewujudkan tempat perlindungan bagi menangani masalah kanak-kanak jalanan warga asing.
Menurut Najib, Wisma Putra juga telah memaklumkan operasi itu kepada kerajaan Indonesia dan Filipina.

‘‘Pejabat perwakilan Malaysia juga dibuka di Zamboanga, Filipina dan Nunukan, Indonesia bagi memudahkan permohonan visa dan rujukan warganegara itu yang berhasrat untuk bekerja di Sabah,’’ katanya.

No comments: