Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
(TUJUH Parampok Indonesia ditahan selepas merampok kapal dagang MT Front Queen di Perairan Pengerang, Kota Tinggi Kemaren ).
JOHOR BAHRU - Ketangkasan sepasukan anggota Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mengesan bunyi siren sebuah kapal dagang membawa kepada penahanan tujuh lanun warga Indonesia yang merompak kapal MT Front Queen semalam.
Siren pada pukul 3.15 pagi itu disedari oleh sembilan anggota APMM ketika mereka sedang melakukan rondaan kira-kira 2.8 batu nautika dari Pulau Mungging, Perairan Pengerang, Kota Tinggi di sini.
Ketika kejadian, kapal yang berdaftar di Pulau Majuro itu membawa 24 krew termasuk seorang kapten kapal warga Rusia.
Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, sebaik dihampiri APMM, terdapat sebuah bot kayu yang dinaiki tujuh lelaki berada di belakang kapal dagang itu dan sedang membuang dua batang galah serta beberapa bungkusan plastik ke dalam laut.
"Kita percaya ketika kejadian mereka (suspek) baru sahaja turun dari kapal MT Front Queen selepas merompak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.(Kosmo )
No comments:
Post a Comment