KLANG 16 Okt. - 2 Tekong tongkang membawa penumpang hingga mengorbankan 14 tki setelah tenggelam dipukul ombak dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu, di vonis 20 bulan oleh (Pengadilan rendah ) Klang di sini hari ini.
Hukuman ke atas Jimmy Sitorus, 40, dan Syahtria Budi, 38, yang berkuat kuasa daripada tanggal ditangkap, 30 September lalu dijatuhkan oleh Majistret Gan Chee Keong.
Jimmy dan Syahtria yang berasal dari Tanjung Balai mengaku menyebabkan kematian 14 tki (tidak dikenali identiti) pada pukul 7.30 pagi, 29 September lalu di Perairan Malaysia, Pelabuhan Klang di sini.
Terdakwa, didakwa mengikut Pasal 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika dapati salah.
Menurut fakta kasus, penyelidikan mendapati tekong, krew dan penumpang bot GT8-57-102 didapati membawa lebih 100 penumpang dari Pantai Acheh Pandamaran untuk ke Tanjung Balai, Asahan Sumatera, Indonesia.
Ketika berlepas dari Pantai Acheh Pandamaran bot yang penuh dengan penumpang telah dipukul ombak dan angin kencang menyebabkan ia tenggalam.
Dari hasil penyelidikan Jimmy dan Syahtria menyedari bahawa penumpang bot telah berlebihan. Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sebarang tindakan agar tidak berlaku bencana tersebut.
Jimmy dan Syahtria yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana sudah berkeluarga.
''Saya sembah sujud dari hujung rambut ke hujung kaki Tuan Majistret ( Bapak Hakim )berilah hukuman yang paling ringan,'' kata Jimmy.
Syahtria pula yang sungguh menyesal atas kejadian tersebut memohon hukumannya diringan. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Pembantu jaksa penuntut umum, Siti Noorbaya Jamil memohon hukuman
maksimum dikenakan sebagai pengajaran bukan sekadar untuk terdakwa malahan bagi semua warganegara asing.
No comments:
Post a Comment