KUALA LUMPUR 11 Nov. - Seorang lelaki Wni yang mendakwa ada permasalahan pendengaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen (pengadilan ) di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang Lans Koperal polis dengan melepaskan tembakan ke arahnya akhir bulan lalu.
Ariyanto, 40, berasal dari Medan, Indonesia dituduh melepaskan tembakan kepada Mohd. Azlan Abdullah, 24, di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini pada kira-kira pukul 2.50 pagi, 29 Oktober lalu.
Jaksa penuntut umum , Mohamad Abazafree Mohd. Abbas menuntut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (pasal 307 KUHP Malaysia )yang dengan ganjaran hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika di dapati salah.
Beliau ( jaksa penuntut umum ) tidak menawarkan jaminan kota terhadap Ariyanto atas alasan tertuduh adalah warga asing dan kesalahan yang dilakukan serius.
Hakim Mohd. Nasir Nordin memberikan 11 Disember ini untuk datang kembali ke pengadilan untuk terdakwa melantik penasehat hukum.
Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota Lans Koperal polisi luka tertembak dalam satu pergelutan ketika cuba menahan seorang di Duga kreminal wni di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, anggota polisi patroli dari kantor polisi Danwangi Cembell itu terkena satu tembakan submesingan jenis MP5 kepunyaannya pada bahagian lutut kanan.
Insiden itu dilaporkan berlaku apabila terdakwa bertindak agresif dengan cuba merampas senjata api polisi tersebut sehingga terjadi pergelutan dan satu das tembakan terlepas daripada senjata berkenaan lalu terkena korban.
No comments:
Post a Comment