Wednesday, December 3, 2008

WNI Bekerja Sebagai Tukang Urut (Picet) Di Hadapkan Ke Pengadilan(Di Periksa Dengan Dugaan Pembunuhan)

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret Munisipal di sini, memerintahkan seorang tukang urut (pecet) wni di periksa sehingga 9 Disember ini dari kameran, bagi membantu penyelidikan polisi dalam kasus kematian seorang juruteknik setelah diurut (di picet) menggunakan kepingan besi dan timah.

Majistret Nur Syafawani Arifin, mengeluarkan perintah berkenaan sejurus lelaki berusia lingkungan 40-an itu dibawa masuk ke dalam kamar pesidangan sebaik sampai di halaman mahkamah kira-kira jam 12.05 tengah hari.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki berkenaan menggunakan kepingan besi dan timah untuk mengurut mangsa yang akhirnya mengundang padah apabila pelanggannya itu mati terkena kejutan elektrik dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sri Aman, Puchong kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketika kejadian, terduga yang merupakan tukang urut (pecet) warga asing yang didakwa terkenal di kalangan penduduk kamung telah dijemput oleh saudara kembar korban bagi mengurut abangnya yang mengalami lenguh tengkuk. Tukang urut (picet) yang telah tinggal di negara ini melebihi masa itu menggunakan kepingan logam dan timah serta kabel elektrik dalam proses rawatan untuk dapat melancarkan perjalanan darah setiap pesakit.

Semasa proses rawatan, tersangka dikatakan telah minta korban, Mohd Azman Mohamad Nor, 26 memegang kedua-dua keping logam sebelum menghidupkan elektrik. Bagaimanapun, dia dipercayai tersilap teknik dengan menyuruh korban memegang kedua-dua kepingan logam tersebut dan arus elektrik terus menyambar badan korban dan mengakibatkannya pengsan. Sebaik melihat korban tidak sedarkan diri, tersangka dan kembar korban kaget sebelum bertindak menghubungi ambulans.

Polis tergesa-gesa ke tempat kejadian sebelum menangkap tersangka untuk disiasat mengikut pasal (Seksyen 302 )Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

No comments: