Sumber Utusan online
09/09/2008 9:52am
SHAH ALAM 9 Sept. - Polis menembak mati dua lelaki warga Indonesia yang menculik seorang wanita ketika cuba merampok sebuah keluarga di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.
Korban culik yang berusia 41 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Subang Jaya pukul 9.30 pagi akibat luka berat setelah dikelar oleh perampok terbabit di beberapa bahagian anggota badannya.
Polis bertindak menyerbu (kamar )tempat kedua-dua perampok mengurung mangsa kira-kira pukul 8.20 pagi ini dan menembak mati mereka.
Tindakan nekad polisi itu dilakukan setelah mendapati mereka enggan berunding dan bertindak ganas serta membakar bilik berkenaan.
Sementara itu, dua lagi lelaki anggota kumpulan berkenaan yang juga warga Indonesia berjaya diberkas polis ketika mereka tiba di rumah mangsa kira-kira pukul 4.50 pagi. - Utusan
No comments:
Post a Comment