KUALA LUMPUR - Walaupun hati berat meninggalkan negara ini, sekumpulan Wni asal warga Aceh yang sebelum ini diberi perlindungan sebagai mangsa tsunami di negara tetanga setujuh dengan keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan tempoh perlindungan itu.
Malah, mereka yang ketika ini tinggal di Kampung Padang Balang dekat sini berjanji untuk pulang ke negara asal sebelum tempoh perlindungan selama tiga tahun yang diberikan tamat pada 5 Januari nanti.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat tetanga yang telah memberi mereka peluang untuk membina hidup baru selepas kampung halaman mereka musnah dalam bencana tsunami pada Disember 2004.
Menurut Zainal Arifin, 36, beliau bersetujuh dengan keputusan kerajaan Malaysia yang tidak lagi membenarkan mereka tinggal lagi di negara ini.
"Sudah dapat berlindung dan cari rezeki di sini pun sudah cukup
bagus, kalau sudah terpaksa pulang, kami pulang saja walaupun berat," katanya ketika ditemui wartawan koran Kosmo! kemaren.
Kosmo! kemarin melaporkan, keluhan warga Aceh yang ingin memohon tempoh perlindungan mereka panjangkan atas andaian kenangan pahit getir tsunami masih terasa selain kabur tentang masa depan di tempat asal mereka.
Bagaimanapun permohonan tersebut tidak di kabulkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dengan alasan kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji kedudukan mereka kerana peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai.
Malah, perlindungan selama tiga tahun dilihat sebagai memadai sebagai asas kemanusiaan apabila negara tersebut dilanda bencana pada Disember 2004.
Jika mereka berhasrat untuk terus tinggal di negara ini, mereka dikehendaki melalui proses yang sama oleh pekerja asing yang berada di negara ini.
Bagi seorang lagi warga Aceh, Rosyid Baharuddin, 32, memberitahu, beliau terpaksa memulakan semula hidup baru sekiranya terpaksa pulang ke kampung.
"Sekurang-kurangnya di sini saya ada pekerjaan, kalau pulang ke Aceh belum tentu saya dapat cari pekerjaan di sana," ujarnya.
No comments:
Post a Comment