Sunday, March 8, 2009

Warga Malaysia dipenjara Karena Menipu Pelajar Indonesia

KUALA LUMPUR - Seorang mantan Direktur sumber manusia sebuah hotel di sini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 22 tuduhan menipu enam pelajar Indonesia, lima tahun lalu.

Hakim Rozana Ali Yusof memerintahkan hukuman terhadap Teo Beng Lan, 57, berkuat kuasa mulai hari ini selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu di peringkat pembelaan.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sehingga dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Korban terdiri daripada Muhammad Hidayat, Kawah Navli, Agust Melaz Riski, Maurice Daniel Hasiholan, P. Sopyannata, dan Nurhadi Muhd. Yunus.

Beng Lan didakwa menipu dengan memperdaya mereka untuk mempercayai dia mempunyai kuasa untuk mengutip levi imigresen sebanyak RM100 serta sumbangan bagi pihak SMK Negeri 57, Jakarta, Indonesia sebanyak RM100 daripada keenam-enam pelajar tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di bilik Hotel Crown Princess, Jalan Tunku Abdul Razak dan Banglo 85, Jalan Walter Greanier, Jalan Bukit Bintang antara November 2003 dan Februari 20(Sumber utusan.com.my)

No comments: