Friday, May 8, 2009

Warga Aceh diperintah bela diri Setelah Keputusan Selah PT Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 8 Mei - Pengacara warga Aceh dalam sidang di Pt Kuala Lumpur tidak berhasil menyediakan replika bungkusan dadah (narkoba) yang disembunyikan di dalam celana terdakwa warga Aceh tidak mampu meyakinkan PT di sini untuk melepaskan terdakwa daripada tuduhan mengedar ganja.

Sebaliknya, Hakim Datuk Ghazali Cha hari ini memerintahkan Sayuti Muhammad Ali, 32, membela diri di akhir kasus keputusan selah atas tuduhan mengedar ganja seberat 877 gram, lima tahun lalu.

Pengacara Datuk Baljit Singh yang mebelah Sayuti membuat sendiri replika tersebut menggunakan tepung kanji dan koran untuk membuktikan bahawa bungkusan sedemikian susa disembunyikan di bahagian hadapan seluar Sayuti.

Semasa persidangan, pihak pengacara membuat demonstrasi dengan memasukkan replika bungkusan itu ke dalam celana yang sama dipakai oleh Sayuti sewaktu ditangkap tetapi tidak berhasil dimuatkan.

Meskipun Hakim Ghazali memuji idea kreatif itu tetapi beliau menolak andaian peguam tersebut dengan alasan replika berkenaan tidak dapat dimasukkan di celana terdakwa disebabkan dia kini telah berisi berbanding semasa kejadian pada 2004.

Lagipun, katanya, replika tersebut 1,000 gram lebih berat daripada berat ganja yang didakwa dimiliki terdakwa.

Beliau juga menolak hujah pengcara bahwa keterangan yang mendakwa bungkusan dadah itu dimasukkan di bahagian depan celana terdakwa sengaja di buat agar lelaki itu di dakwa dengan tuduhan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan dan fakta kasus itu serta tingkahlaku terdakwa semasa dirajia, adalah jelas dia mempunyai pengetahuan mengenai bungkusan dadah yang tersembunyi di celananya.

''Berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya berpuas hati bahawa JPU berjaya membuktikan kes prima facie dan terdakwa diperintahkan membela diri.

Mengikut pertuduhan, Sayuti yang bekerja sebagai buruh didakwa mengedar 877 gram ganja di depan lif bahagian bawah Blok B, Rumah Pangsa setinggi 17 tingkat di Kampung Baru, di sini kira-kira pukul 2.30 pagi, 3 November 2004.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh JPU, Geethan Ram Vincent mengikut Pasal 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan ganjaran hukuman gantung sampai mati jika di dapati kesalahan.

Selepas diberi penjelasan oleh jurubahasa, Sayuti memilih memberi keterangan bela diri secara bersumpah di kandang saksi.

Mahkamah menetapkan 1 Julai ini untuk Sayuti memberi keterangan.

No comments: