Monday, July 13, 2009

Malaysia setuju empat isu berkaitan pembantu rumah

Isnin :13/07/2009 15:47pm
Sumber Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Julai - Malaysia bersetuju dalam empat isu yang berkaitan dengan pembantu rumah warga Indonesia iaitu yang terkait dengan soal cuti sehari dalam seminggu, asuransi , membaiki standard kontrak dan juga soal bayaran gaji tetap atau bulanan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, keputusan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu itu adalah antara perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia, manakala lain-lain isu akan dibicarakan dalam mesyuarat berikutnya nanti.

“Tanggal (mesyuarat) akan datang ditangguhkan, sebagaimana yang diminta pihak Indonesia,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Persidangan Asia e-Learning di sini hari ini.

Menurutnya, mesyuarat dua hala itu akan membabitkan beliau dan Menteri Tenaga kerja Indonesia Erman Suparno di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Mesyuarat itu diadakan karena keputusan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sehingga mesyuarat akan datang bagi membincangkan perjanjian baru berkaitan pekerja migran, ekoran beberapa laporan mengenai kejadian pembantu rumah didera.
- BERNAMA

1 comment:

bloger putra tanjung bawean said...

wah pak epung latar belakangnya jangan pakai warna hitam jadi sakit mata saya