SHAH ALAM . - Warga Aceh bersama temannya warga Malaysia divonis hukuman gantung sampai mati oleh PT Shah Alam di sini hari ini 13/11 , selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar ganja seberat 36,220 gram, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin membacakan putusan vonis mati itu terhadap Sabri Alias ,38 warga Aceh dan Halim Nor, 45, rakyat Malaysia.sebelum ini kedua terdakwa telah memberikan keterangan sebagai saksi dirinya sendiri dalam pembelaannya.Walau bagimanapun keterangan kedua terdakwa tidak bisa membuktikan bahwa keduanya bukan pengedar ganja.
Sewaktu membacakan putusan Mohd. Zaki berkata, jpu berjaya membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai pemilikan eksklusif terhadap ganja yang disembunyikan di belakang kursi sebuah mobil Mercedes Benz.
Katanya, kewujudan narkoba itu juga diketahui oleh Halim dan Sabri kerana mereka bertindak memindahkan ganja itu ke dalam but mobil Proton Wira di sebuah bengkel sebelum mereka ditahan polis.
''Sukar bagi pengadilan untuk menerima keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak tahu tentang bungkusan (ganja) tersebut.
''Walaupun mobil Mercedes Benz yang rosak itu didakwa bukan milik mereka, kedua-duanya tahu lokasi tepat mobil itu ditinggalkan sebelum ia ditunda ke bengkel,'' katanya.
Kedua-duanya didapati mengedar 36,220 gram ganja di DOHC Power Auto Services, No. 14, Jalan Pandan Indah 4/38, Pandan Indah, Ampang dekat sini pada pukul 4.15 petang, 20 Oktober 2001.
Jpu menjerat terdakwa dengan pasal 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut pasal 39B(2) undang-undang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Halim diwakili peguam, Ghazali Taib manakala peguam Rusli Zain mewakili Sabri
No comments:
Post a Comment