Wednesday, November 25, 2009

Warga Aceh Di Jatuhi Vonis Mati oleh PT Shah Alam

SHAH ALAM – Dua wni asal Aceh sanggup meninggalkan keluarga merantau ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Namun hal lain yang telah berlaku pada wni itu yaitu Darwis Samsudin, 31, dan Mohamad Hasan, 35, mereka berdua ditangkap oleh polisi atas kesalahan mengedar narkoba jenis ganja. Hari ini, mereka menerima nasib berbeda apabila Darwis di vonis hukum gantung sampai mati oleh PT di sini selepas didapati salah atas tuduhan tersebut.

Sementara Mohammad terselamat daripada tali gantung apabila pihak JPU mengubah pertuduhan terhadapnya selepas keterangan kali ketiga diterima oleh Jaksa Agung.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad membacakan putusan pada Mohamad Hasan pidana penjara sembilan tahun dan cambuk 10 kali selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 875 gram ganja.

Beliau memerintahkan hukuman pidana penjara berkuat kuasa dari tanggal tertuduh ditangkap pada 15 Mac 2007.

Katanya, hukuman itu diputuskan sesudah beliau mengambil kira kelakuan, ketiadaan rekod kreminal serta pengakuan salah terdakwa kedua sebaik pertuduhan terhadapnya di ubah.

Mohamad mengaku memiliki 875 gram kanabis di tepi Jalan Kelebang, Kampung Rantau Panjang, Klang dekat sini pada pukul 9 malam, 15 Mac 2007.

No comments: