Monday, June 16, 2008

196 TKI ELEGAL DI TANGKAP POLISI LAUT MALAYSIA

Polis Laut Wilayah Selatan berjaya menahan 196 TKI elegal dan merampas 13 bot laju daripada keseluruhan 16 bot enjin berkuasa tinggi yang dikesan di sepanjang perairan negeri itu khususnya berdekatan Pengerang, sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Asisten Ketua Polis Laut Wilayah Selatan, Supritendan Paul Khiu berkata, selain itu pihaknya turut menahan 12 tekong termasuk enam rakyat tempatan yang cuba membawa ( TKI elegal)masuk ke negara ini.

Beliau berkata, penahanan dan rampasan bot serta pendatang asing itu dilakukan sepasukan anggota elit pasukan itu yang beroperasi di pangkalan perairan Pengerang.

“Pengerang merupakan salah satu kawasan tumpuan pendaratan (TKI elegal) dari negara jiran berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Kepulauan Bentan di Indonesia.

“Kepulauan tersebut boleh dilihat dari Batu Putih dan dipercayai ia menjadi lokasi transit bagi TKI elegal sebelum masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Pangkalan Polis Laut Muar, di sini hari ini.

TaktikKhiu berkata, operasi bagi mencegah kemasukan pendatang asing akan terus diadakan pasukan elit berkenaan dan pihaknya mengubah taktik serbuan bagi mengelak daripada ia dapat dikesan.

Katanya, selain mengadakan serbuan pada waktu lewat tengah malam dan awal pagi, pasukan itu akan sentiasa bersiap sedia di sepanjang perairan bagi memastikan kemasukan secara haram itu dapat dipantau.

Ditanya mengenai tindakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab mendalamkan perairan Sungai Muar membuang sisa-sisa lumpur di sepanjang perairan sungai ini, beliau berkata, pasukan Polis Marin Muar telah dipertanggungjawabkan untuk memantau kegiatan itu.

“Sebuah unit telah dibentuk bagi mengawasi kapal-kapal yang menjalankan kerja mengorek pasir dan lumpur di sepanjang sungai itu bagi memastikan segala bahan buangan dibuang kira-kira lapan batu nautika dari perairan Pulau Undan.

No comments: