Sunday, June 1, 2008

PT DI INDONESIA TIDAK BERMINAT MERIKRUT PRT KE MALAYSIA KATA PAPA

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Prt Asing Malaysia (Papa) bimbang PT pembekal PRT di Indonesia tidak lagi berminat menghantar prt dari negara itu ke negara ini.

Keadaan itu mula kedengaran apabila agensi berkenaan termasuk yang membekal pekerja sektor perkebunan dan pembinaan di Indonesia, dikatakan tidak senang dengan peraturan baru diperkenalkan pemerintah Malaysia berkaitan kursus induksi membabitkan biaya tambahan yang perlu mereka tanggung sebanyak AS$30 atau kira-kira RM93.

Ia berikutan mulai kemaren pemerintah Malaysia membuat peraturan baru kepada pekerja Indonesia yang mahu bekerja di negara ini, diwajibkan mengikuti kursus itu selama sehari dan diberi sijil kelayakan dengan dikenakan bayaran RM120 yang ditanggung majikan.

Selain itu, AS$30 lagi perlu ditanggung agensi berkenaan di Indonesia dan jika gagal mengikuti kursus itu, bakal pekerja atau prt terbabit tidak layak diberi visa bekerja di Malaysia.

Jika masih mahu datang ke Malaysia, mereka perlu menduduki kursus induksi seterusnya di pusat kursus yang disediakan di Indonesia antaranya di Lombok, Surabaya, Palembang, Jakarta, Medan, dan Batam dan bayaran sebanyak AS$30 perlu ditanggung agensi berkenaan di Indonesia.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata apa yang membimbangkan biaya sebanyak AS$30 yang dikenakan kepada pt di Indonesia itu juga akhirnya terpaksa ditanggung majikan di sini, selain terpaksa menanggung bayaran bagi kursus induksi sebanyak RM120.

Katanya, agensi prt di sini mustahil sanggup menanggung kos yang ditanggung agensi di Indonesia sebanyak AS$30.

Beliau mendakwa, PT di Indonesia pula tidak teragak-agak menghentikan penghantaran prt ke Malaysia jika majikan di sini tidak bersedia berkongsi menanggung biaya tambahan itu.

“Inilah masalah dihadapi Papa sekarang seolah-olah tersepit untuk menguruskan kemasukan pembantu rumah kerana biaya semakin meningkat yang terpaksa ditanggung majikan di sini.

“Agensi prt di sini tidak mungkin menanggung biaya yang ditanggung PT di Indonesia.

“Tetapi, kita bimbang apa akan jadi kepada majikan yang sudah memberi wang pendahuluan untuk mendapatkan pembantu rumah akhirnya terpaksa menanggung biaya yang ditanggung agensi di Indonesia itu.

“Kita juga bimbang agensi prt di sini juga akan gulung tikar apabila PT di Indonesia tidak lagi mahu menghantar pekerjanya ke negara ini yang mengenakan pelbagai peraturan yang tidak sepatutnya dengan mengenakan bayaran tertentu,” katanya kepada Berita Harian di sini, kemaren 01/06.

Kursus itu dilaksanakan berdasarkan persetujuan perjanjian antara kedua-dua negara pada 2005 dengan setiap pekerja dari negara itu yang lulus kursus berkenaan akan memperoleh sijil kelayakan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebelum bekerja di negara ini.

Sehubungan itu, Zulkepley berkata, kerajaan perlu mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan majikan di sini terpaksa menanggung beban bayaran tinggi untuk mendapatkan seorang prt.

Katanya, bagi agensi pembekal prt di negara tetangga itu tidak menjadi masalah untuk tidak menghantar pembantu rumah ke negara ini kerana masih banyak negara lain yang sedia membayar pada harga lebih tinggi.

“Jika PT berkenaan di Indonesia bertindak tidak menghantar prt ke negara ini, sudah pasti memberi kesan kepada majikan di negara ini yang memerlukan khidmat pembantu rumah.

“PT prt di negara ini juga yang sekian lama menjadi pihak yang diberi tanggungjawab secara sah oleh pemerintah menguruskan kemasukan prt asing turut terjejas perniagaan mereka apabila tidak dapat membawa masuk prt apabila biaya meningkat terlalu tinggi.

“Ketika ini pun biaya untuk mendapatkan seorang prt Indonesia antara RM6,000 hingga 6,500 dan mungkin meningkat apabila PT di Indonesia juga terpaksa menanggung bayaran berkaitan kursus injuksi untuk setiap pekerja negara itu yang ingin bekerja di Malaysia,” katanya.

Katanya, Papa yang juga mengadakan mesyuarat khasnya semalam membincang isu berkenaan bersetuju meminta pemerintah meninjau kembali agar tidak membebankan majikan di sini.

Katanya, Papa akan menghantar surat berkaitan keputusan mesyuarat khas itu dalam masa terdekat kepada Kementerian tenaga kerja dan meninjau kembali peraturan berkaitan dasar pekerja asing. “Kita hairan kenapa bagi pekerja dari Indonesia perlu mengikuti kursus injuksi itu, sebaliknya bagi pekerja asing dari Myanmar dan Vietnam kursus itu yang sudah berjalan sejak tahun 2005, kini dihapuskan sejak dua minggu lalu,” katanya.

No comments: