Friday, June 6, 2008

WNI MENYAMAR ORANG SABAH

Wni asal Sulawesi menggunakan KTP negeri Sabah
foto waktu di rajia oleh imigrasi Malaysia pada :05/06/08

BEBERAPA staf Depertemen Imigrasi Putra Jaya Malaysia mengambil keterangan wanita-wanita (wni ) asal Sulawesi yang menyamar sebagai orang Sabah kelmarin.

KUALA LUMPUR - Setelah puas melakukan pelbagai helah, kini mereka berlakon menjadi orang Sabah pula.

Itulah taktik 112 pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita yang menyamar berasal dari Sabah untuk bekerja di sebuah pabrik aksesori telefon bimbit di Shah Alam, Selangor.

Berbekalkan paras rupa dan pertuturan yang hampir sama, mereka berjaya juga bekerja di kilang tersebut sejak awal April lalu.

Namun rahsia semua wanita berasal dari Sulawesi, Indonesia itu terbongkar walaupun mereka cuba mengelirukan pihak berkuasa ketika disoal siasat sebelum ditahan Selasa lalu.

Akibatnya, mereka semua yang berusia 20 hingga 30 tahun itu kini terpaksa merengkok di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan sementara menunggu hukuman.
Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad (gambar) berkata, pihaknya yang mempunyai maklumat kemudiannya melakukan serbuan di syarikat berkenaan pada pukul 3.45 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati 108 yang ditahan menggunakan pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh dan empat menggunakan MyKad palsu (KTP).

"Mungkin ramai yang tidak sangka mereka orang Indonesia kerana wajah dan gaya pertuturan yang dipraktikkan agak mengelirukan pada mulanya," katanya kemaren.

Menurut Ishak, hasil penyelidikan mendapati pengurus syarikat warga negara Sweden itu mendakwa semua wanita PATI (pendatang tanpa izin )tersebut dibekalkan oleh syarikat pembekal pekerja warga asing yang beroperasi di Klang, Selangor.

No comments: