Wednesday, June 11, 2008

BBM TIDAK AKAN NAIK LAGI TAHUN INI ,"KATA PM MALAYSIA."

PUTRAJAYA, 11 Jun -- Harga BBM tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata langkah itu dibuat walaupun harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.

Harga sekarang akan dikekalkan walaupun sekiranya harga minyak dunia mencecah US$200 setong pada tahun ini, katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini.

Beliau berkata pemerintah tidak menetapkan had siling harga pasaran minyak dunia di masa akan datang dalam mengekalkan jaminan pemerintah itu pada tahun ini.Katanya, kerajaan sedar rakyat masih lagi sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi ketika ini.

Pemerintah mengumumkan kenaikan harga BBM sebanyak 78 sen atau 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel sebanyak RM1 atau 63 peratus daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter, berkuatkuasa Khamis lepas.

Harga tersebut ialah harga di pam dengan pemerintah masih mensubsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter BBM. Tanpa subsidi harga pasaran BBM tempatan ialah RM3 seliter.Abdullah berkata harga minyak mentah yang tinggi ketika ini bermakna harga pasaran BBM juga telah meningkat kepada RM3.45 seliter.

"Sekiranya, pemerintah amalkan subsidi 30 sen seliter, harga BBM perlu diubah dari RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter pada bulan Julai," katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan berlaku ekoran pengumuman pemerintah itu setelah keputusan dibuat semasa mesyuarat Kabinet hari ini.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan itu akan menjejaskan pendapatan pemerintah, Perdana Menteri berkata pemerintah berharap akan dapat pendapatan yang lebih daripada Petronas, syarikat minyak negara.Menjawab soalan lain, Abdullah berkata harga BBM sekarang boleh diturunkan sekiranya harga BBM di pasaran dunia turun.-- BERNAMA

No comments: