Tuesday, June 10, 2008

WNI DI VONIS 32 BULAN OLEH PENGADILAN KLANG

KLANG 9 Jun - WNI dihukum penjara 32 bulan oleh Pengadilan Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat dakwaan memiliki kulit binatang liar pelbagai jenis secara elegal.
Zulkarnain Ajib, 43, dari Tanjong Balai, Indonesia vones oleh Majistret Fazilatul Isma Ahmad Resngah masing-masing penjara 8 bulan bagi setiap dakwaan terhadapnya.

Pengadilan merintahkan terdakwa menjalani hukuman penjara itu berterusan bermula dari tanggal dia ditangkap pada 3 Jun lalu.

Terdakwa mengaku bersalah memiliki secara elegal enam karung sisik tenggiling (Manis Javanica) seberat 199.9 kilogram yang mana haiwan berkenaan dilindungi hukum, undang-undang tahun 1972 berkenaan binatang liar.di dalam sebuah bot perdagangan barter Indonesia (Barter Trade Indonesia), di perairan Klang, kira-kira pukul 5.20 pagi pada tanggal yang sama dia ditangkap.

Selain itu, dia juga turut mengaku memiliki secara 100 keping kulit ular sawa (Python Reticulatus), 37 keping kulit ular sawa darah (Python Curtus) dan 100 keping kulit biawak air (Varanus Salvator).

Zulkarnain yang tidak diwakili lowyer , didakwa mengikut pasal 64(2)(a) undang-undang yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan memiliki sisik tenggiling.

Namun, bagi tiga kesalahan lagi, Zulkarnain didakwa mengikut Seksyen 68 Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun, Zulkarnain memohon supaya mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan untuk menyara keluarganya di Indonesia.

Menurut fakta kes, bot yang dinaiki Zulkarnain telah ditahan lima anggota polis marin yang sedang menjalankan operasi cegah jenayah. Hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas bot berkenaan, polis berjaya menjumpai kulit serta sisik binatang liar berkenaan yang diletakkan di bahagian bawah dek bersebelahan dengan enjin.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, enam lagi warga Indonesia Iwan Nasution, 28, Adi Jamluddin, 27, Jeinal Ahmad, 45, Erwin Syah Sanusi, 29, Iswandi Mutiha, 45, dan Mulyandi Jamaluddin, 28, turut dituduh atas empat kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, masing-masing meminta supaya dibicarakan dan pengadilan menetapkan 10 Julai depan untuk dipanggil kembali kasusnya bagi membolehkan kesemua terdakwa WNI di wakili oleh lowyer.

Dalam pada itu, Jaksa penuntut umum dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Shamsuddin Osman ketika ditemui memberitahu bahawa pihaknya memohon supaya pengadilan memberikan vonis berat kerana perbuatan terdakwa yang telah mengambil binatang liar dari habitatnya menyebabkan biodiversiti negara semakin berkurangan.

"Kasus penyeludupan melibatkan hidupan liar di rantau ini merupakan salah satu masalah besar serta kerana perbuatan seperti yang dilakukan tertuduh telah menyebabkan menjejaskan imej negara ini buruk di mata dunia.

"Ini kerana, negara ini merupakan sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadi termasuk spesies faunanya. Oleh itu, kegiatan seperti ini sudah tentu akan mengurangkan khazanah alam negara serta memberi gambaran negatif kepada negara luar," ujarnya

No comments: