Wednesday, May 7, 2008

Penyanyi Rock terkenal Malaysia Amy Akan Buka Pondok Hafal Alqur'an


KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz (pondok hafal alqur'an ) bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?
Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan (gubenur kelantan), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke restoran makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.
Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu."Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz."Ini dia pelannya tok guru (kiai)," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu.
Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.
Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak
dua ketika itu

No comments: