SHAH ALAM, 19 Mei: Pengumuman keluarnya mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari partai itu disambut tepukan gemuruh dan ucapan takbir oleh lebih 1,000 pemimpin partai PAS semua peringkat wilaya negeri Selangor jam 1.30 tenga hari tadi.
Pengumuman secara mengejutkan itu membuat pengerus forum sempena Ijtimak PAS Selangor yang diadakan di Dewan Kompleks pemuda dan Kebudayaan Selangor .
“Saya terima mesej, berita TV mengumumkan keluarnya Tun Dr Mahathir dari Umno sebentar tadi,” kata pak guru Radzi, pengerus forum itu.
Dr Mahathir mengumumkan keluar dari Umno dalam satu majlis di Alor Setar kira-kira jam 12.30 tenga hari tadi.Beliau tidak akan masuk semula Umno selagi Datuk Seri Abdullah terus menjadi presiden parti itu.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS akan menuju jalan maut jika menyertai Barisan Nasional (BN) ketika tunggak parti itu iaitu Umno sedang keritis sekarang.
“Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai Umno walaupun dia sedang keritis sekarang,” kata Husam ketika membentangkan kertas kerjanya di ijtimak PAS Selangor itu.Ketika itu, Tun Dr Mahathir belum lagi membuat pengumuman untuk keluar dari Umno.
Husam juga berkata, kenyataan menantu Abdullah, Khairy Jamaludin bahawa PKR adalah singkatan kepada Projek Khinzir Raksaksa akan merosakkan lagi Umno di mata orang bukan Melayu, khasnya Cina di negara ini.
“Ia lebih menyakitkan dari menjulang keris yang dibikin oleh Hishamudin sebelum ini tetapi Khairy dan Umno tidak sedar perkara ini,” kata Husam.
(sumber siasah )
(sumber siasah )
No comments:
Post a Comment